Semenanjung Emas atau Golden Khersonese

Didalam lipatan sejarah, tanah semenanjung ini dikenali sebagai Semenanjung Emas oleh seorang pendita Yunani, Claudius Ptolemaeus, (Greek: Κλαύδιος Πτολεμαῖος; c. 90 – c. 168) atau Ptolemy. Ia merupakan nama lama yang digunakan untuk merujuk kepada Tanah Melayu.

Semasa zaman rom purba, Tanah Melayu adalah sumber utama emas, disebabkan itu gelaran Semenanjung Emas diberikan untuk merujuk Tanah Melayu.

Malahan kajian sesetengah pihak telah mendapati orang-orang Tanah Melayu telahpun menjalankan urusniaga perdagangan bukan sahaja emas, malahan rempah ratus, gaharu, kapur barus, wangian kepada tamadun yang lebih tua iaitu zaman dinasti firaun yang membina tamadun piramid. Mari kita singkap sedikit demi sedikit kisah-kisah perjalanan tamadun kerajaan dan umat Melayu yang kaya dengan kesenian budaya dan teknologi pelayaran dan pembinaan.

Friday, January 14, 2011

Bermulanya perjalanan ...

Bermulanya sebuah perjalanan 
untuk sebuah cerita kehidupan
dari ketiadaan ...

Bukan mengejar apa yang mereka kejar
sekadar memenuhi hajat kehidupan
mudah-mudahan tiada leka
tiada lara
dalam menyusur langkah
pulang ke desa abadi.


-awanbadai-



Gurindam 1

Alhamdulillah,

Jiwa bermain seni memang indah

Berkelok lintuk seru bermadah

Menyampai maksud tiada berlidah



Terdetik dihati tiada berhuruf

Celup ditinta dengan kalam

Menangkis keji Amar makruf

Jiwa kaya rahsia alam



Alhamdulillah,

Berseni senjata mengatur langkah

Selusuri galur asal usul

Mencari erti turun singgah

Ke suri alur jalan rasul



Alhamdulillah Alhamdulillah

berkat amiin saudara sedarah

Adam Hawa dalam sejarah

Muhammad penghulu semua arah



-awanbadai-

18 oct 2007

No comments:

Post a Comment